DITANYA SOAL RUJUK, INI JAWAPAN FASHA SANDHA? Para peminat sering mendoakan dan berharap pelakon Fasha Sandha dan bekas suaminya, Jejai untuk kembali bersatu. Baru-baru ini Fasha yang menerima kejutan majlis hari lahirnya oleh Jejai ditanya adakah beliau akan kembali rujuk. Menjawab persoalan itu, Fasha berkata..





DITANYA SOAL RUJUK, INI JAWAPAN FASHA SANDHA?


#Pelakon Fasha Sandha nekad tidak akan kembali kepada bekas suami, Jejai seperti yang diharapkan oleh para peminat. Fasha bagaimanapun bersyukur kerana peminat sentiasa mendoakan kebahagiaannya.

#“Terima kasih kepada peminat yang mendoakan kebahagiaan saya dan berharap agar kami berbaik. Ramai juga yang bertanyakan tentang perkara ini kepada saya selepas Rizal memuat naik gambar saya sempena ucapan hari lahir buat saya.

#“Sejujurnya, setakat ini saya hanya terima Rizal sebagai ayah kandung kepada kedua-dua anak saya. Saya tidak bercadang untuk kembali bersama Rizal dan keluarganya,” katanya.

#Tambah Fasha, sejak bercerai dengan Jejai pada 20 Januari lalu, kehidupannya kini semakin tenang.

#“Kehidupan saya lebih tenang sekarang selepas saya berpisah kerana berpisah adalah jalan yang terbaik. Saya percaya kepada prinsip saya iaitu cinta tidak semestinya bersatu.

#“Walau bagaimanapun, itu semua adalah takdir Allah Taala dan saya bersyukur dengan apa yang berlaku,” katanya.
DITANYA SOAL RUJUK, INI JAWAPAN FASHA SANDHA? Para peminat sering mendoakan dan berharap pelakon Fasha Sandha dan bekas suaminya, Jejai untuk kembali bersatu. Baru-baru ini Fasha yang menerima kejutan majlis hari lahirnya oleh Jejai ditanya adakah beliau akan kembali rujuk. Menjawab persoalan itu, Fasha berkata..   DITANYA SOAL RUJUK, INI JAWAPAN FASHA SANDHA? Para peminat sering mendoakan dan berharap pelakon Fasha Sandha dan bekas suaminya, Jejai untuk kembali bersatu. Baru-baru ini Fasha yang menerima kejutan majlis hari lahirnya oleh Jejai ditanya adakah beliau akan kembali rujuk. Menjawab persoalan itu, Fasha berkata.. Reviewed by AAA on 19:41:00 Rating: 5
Powered by Blogger.