"Guru Besar Cium Kemaluan Saya" - Melampau Kegiatan Buruk Seorang Guru Besar Kantoi Apabila Muridnya Dedahkan Perbuatan Terkutuk
"Guru Besar Cium Kemaluan Saya" - Melampau Kegiatan Buruk Seorang Guru Besar Kantoi Apabila Muridnya Dedahkan Perbuatan Terkutuk
Kepercayaan diberi orang ramai kepada seorang guru besar ternyata telah dikhianati apabila seorang bapa tampil membuat luahan kecewa kepada kami apabila anak lelakinya telah dicabul oleh seorang guru besar sekolahnya di sebuah sekolah di Taiping.
Menurut pengadu, anaknya telah beberapa kali dicabul oleh guru besar yang berusia 53 tahun tersebut yang menggunakan taktik licik dengan menyuruh kanak-kanak berkenaan menghantar barang miliknya ke pejabat guru besar.
Selain itu, pengadu turut memberitahu guru besar terbabit bukan hanya mencabul anaknya seorang sebaliknya beberapa orang lagi rakan anaknya menjadi mangsa guru besar durjana tersebut.
Gambar dibawah menunjukkan pesanan Whatapps yang dihantar oleh guru besar tersebut kepada anaknya.
Kerana kejadian tersebut, pengadu telah membawa anaknya membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping kerana perkara lebih buruk terjadi.
Pengadu juga berharap satu tindakan yang pantas harus diambil terhadap guru besar berkenaan kerana pasti akan lebih ramai akan menjadi mangsanya jika tindakan tidak diambil terhadapnya.
Berdasarkan cerita pengadu lagi kejadian ini bukan abru terjadi kerana ia dikatakan telah berlaku sejak tiga tahun lepas lagi melibatkan kanak-kanak darjah satu di sekolah tersebut cuma kegiatannya tidak dapat dihidu oleh orang sekeliling.
Apapun report polis telah dibuat dan biarkan segala siasatan dilakukan oleh pihak polis.
"Guru Besar Cium Kemaluan Saya" - Melampau Kegiatan Buruk Seorang Guru Besar Kantoi Apabila Muridnya Dedahkan Perbuatan Terkutuk
Reviewed by AAA
on
10:32:00
Rating: