INI SEBABNYA JANGAN MENYANYI LAGU "ULEK MAYANG" DI TENGAH MALAM .. INI ISI TERSIRATNYA ...



INI SEBABNYA JANGAN MENYANYI LAGU "ULEK MAYANG" DI TENGAH MALAM .. INI ISI TERSIRATNYA ... ADA PANTANG LARANGNYA LAGU INI ...
JIKA ANDA LIHAT APA TERTULIS DI ISI LIRIKNYA INI ...
ADA SATU ""PERKATAAN"" ITU ADALAH MEMUJA !!!
MENAKUTKAN !! >>> JOM LIHAT PERKATAAN APA ITU..

Lagenda menyatakan pada zaman dahulu sekumpulan nelayan telah berperahu ke laut untuk menangkap ikan. Sedang mereka di tengah laut, tiba-tiba ribut menghambat dari segenap arah membawa ombak yang memukul bot yang mereka naiki.

Kesemua nelayan terhumban ke laut yang bergelora dan mereka terkapai-kapai menyelamatkan diri. Keletihan semakin mencengkam dan akhirnya mereka beralah dengan kekuasaan ombak yang melambung.

Landaan ribut menjadi reda dan tubuh para nelayan itu dihanyutkan ke pantai. Ajaibnya seorang demi seorang terjaga dan berasa beruntung kerana terselamat. Hanya seorang sahaja yang tidak terjaga dan pada mulanya disangka mati. Apabila diperiksa nadinya, ternyata dia masih bernyawa namun tidak sedarkan diri.

Rakan-rakannya berasa sedih dan mengesyaki bahawa sedang jasadnya di sini, jiwanya masih berada di alam lain. Mereka memanggil bomoh untuk menyedarkan kembali rakannya. Bomoh tersebut membaca mantera dan apabila diseru dia mendapati nelayan itu dipukau oleh Semangat Laut.

Rupa-rupanya seorang Puteri Bunian cuba menduga kesemua nelayan tapi hanya seorang yang tertawan. Nelayan itu terperangkap dan merayau-rayau di alam bunian. Bomoh tersebut cuba membawa semangat nelayan kembali ke dunia, namun Puteri itu memanggil bantuan seorang kakaknya. Di tengah-tengah pertarungan itu, dua lagi kakaknya muncul untuk menjampi. Kemudian muncul lagi dua orang, menjadi enam kesemuanya.

Pertarungan semakin sengit hingga menggegarkan bumi dan menggolakkan laut. Tatkala medan semakin memuncak itu muncullah Puteri ke-7, yang sulung, yang jauh lebih rupawan, kuat dan bijaksana. Bomoh itu mengambil kesempatan dengan merayu kepada Puteri ke-7 agar dipulangkan semangat nelayan itu. Menyedari kenakalan adik-beradiknya, Puteri sulung memerintahkan pertarungan itu dihentikan.

“Aku tahu asal-usulmu”, kata Puteri ke-7.
“Biarkan yang laut pulang ke laut, dan yang darat pulang ke darat.”

Bomoh itu mempersembahkan nasi kuning kepada ketujuh-tujuh Semangat Puteri sebagai tanda terima kasih. Nelayan itu dibebaskan semangatnya dan kembali sedar

INI SEBABNYA JANGAN MENYANYI LAGU "ULEK MAYANG" DI TENGAH MALAM .. INI ISI TERSIRATNYA ... INI SEBABNYA JANGAN MENYANYI LAGU "ULEK MAYANG" DI TENGAH MALAM .. INI ISI TERSIRATNYA ... Reviewed by AAA on 16:26:00 Rating: 5
Powered by Blogger.