Pengakuan Terbaru Jejai Isu Rumah Tangganya Buat Fasha Tergamam Dan Terkejut Dengan Keputusan Barunya! Harap-Harap Fasha Terima Dengan Tenang Keputusan Ini








Mengakui dirinya tidak bersalah atas dakwaan menceroboh rumah Fasha Sandha dan mengganggu kehidupan bekas isterinya itu, Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli meminta agar pihak polis menyiasat kes ini dengan betul.

Jelas Jejai, beliau sedikit pun tidak merasa gentar kerana tiada apa yang beliau ingin sembunyikan.
Saya benar-benar berharap dan meminta pihak polis menyiasat kes ini untuk mengetahui kebenarannya. Kalau saya salah, siasatlah! Saya tidak takut dan tiada apa yang hendak disembunyikan.

Buat masa ini, Jejai yang sudah berhubung dengan peguamnya dinasihatkan untuk tidak memberikan komen lebih berkaitan kes ini. Cuma Jejai sekali lagi menegaskan tuduhan yang dibuat oleh Fasha terhadap dirinya tidak benar sama sekali.

Saya sudah berjumpa dan berbincang dengan peguam berhubung hal ini dan dinasihatkan untuk tidak bercakap banyak dulu. Apa yang saya boleh tegaskan adalah apa juga yang dilaporkan adalah sama sekali tidak benar.

Fasha Sandha dan Jejai mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 dan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutan pada 20 Januari lepas. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.
Bak kata pepatah, berani kerana benar takut kerana salah. Kita ikuti sahaja perkembangan kes Jejai dan Fasha nanti.
Pengakuan Terbaru Jejai Isu Rumah Tangganya Buat Fasha Tergamam Dan Terkejut Dengan Keputusan Barunya! Harap-Harap Fasha Terima Dengan Tenang Keputusan Ini Pengakuan Terbaru Jejai Isu Rumah Tangganya Buat Fasha Tergamam Dan Terkejut Dengan Keputusan Barunya! Harap-Harap Fasha Terima Dengan Tenang Keputusan Ini Reviewed by AAA on 23:47:00 Rating: 5
Powered by Blogger.